KEMBOJA CINA

 photo assalamualaikumvectorpink1.png

Kali ini nak kongsi pasal bunga kemboja cina yang baru
saya semai.
lama nak tunggu besar tapi nak juga tanam 
bunga ini yg disemai sendiri.
BIJI BENIH
Biji benih ini jiran saya yang bagi warna pink katanya
banyak tu dia bagi..
org bagi kita ambil ler.
GAMBAR JELAS BIJI BENIH
semai je mcm tu dalam tempat semaian
dan dalam 4 -5 hari kan nampak dia bercambah
2 MINGGU
Gambar atas ni dah 2 minggu disemai
lambat lagi nak besar.
YG INI DAH BERBULAN-BULAN
kemboja cina ni boleh disemai melalui keratan batang juga
tapi keratan batang tak kan ada bonggol
yang ada bonggol tu dari biji benih
macam yg saya semai diatas.

SEKADAR IMAGINASI

 photo assalamualaikumvectorpink1.png

Cinta....
 ku mau Rindumu...
yang membuat aku tersenyum...
Cinta...
ku ingin mimpimu....
setiap malam hadir walau hanya sebentar....
Cinta...
 ku mahu semua yang indah-indah...
yang gundah pergi jauh jauh...
kerna Cinta ku Hanya imaginasi penaku...
walau pun lara kan tetap ku buat cinta itu indah...
kerna cintaku hanya sebaris kata cinta....

ilham jiwa: PenaLara (04.januari.2014 12.56am)

KASIH IBU

 photo assalamualaikumvectorpink1.png

Ibu...
Jasamu terlalu besar..
Tak mampu ku balas walau dengan 
harta seisi dunia.
saat  aku didalam rahimmu
saat  kau bertarung melahirkan ku
tak pernah kau menghitung setiap detik itu
Walau begitu sukar kau melaluinya.
Maafkan aku ibu..
kerna aku Alfa pada dunia hingga
adakala aku mengetepikan mu dan mendahului yg lain..
 tampa sengaja aku membuat kau berjauh hati.
ibu.. 
rindu ku kini ku utus dgn doa
aku tak dapat lagi memeluk hangat tubuh mu
aku kini tak dapat lagi mendengar suaramu
semua hanya tinggal sebagai sebuah kenangan.
damailah kau disana
siperistirehatan terakhirmu.

KEK COKLAT

 photo assalamualaikumvectorpink1.png
Alahai kalau nama kek ni
apa je jenis kek ira lah yang suka.
kemalasan saya la nie membaking
oven yg baru ni tak berapa best nak bakar kek
jadi buat ler kek yang pakai kukus je..
buat masa ni belum ada lagi buat kek jadi
tak de lah gambar nak tayang  kat blog.
cari je lah kat Google
GAMBAR DARI MR.GOOGLE 
Teruslah ke resepinya ye kawan-kawan

BAHAN-BAHANNYA:
Di ayak semua bahan (A)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko vanhouten
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
Bahan B
 1 kotak susu coklat dutch lady
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan air
secubit garam
2 sudu kecil cuka getah makan
CARA MEMBAKINGNYA:
 Semua bahan serbuk digaul sebati
kemudian masuk kan semua bahan dan gaul 
kaup balik hingga rata
lapis loyang dengan kertas minyak
atau lenser minyak dalam loyang
masuk kan adunan
tutup dengan aluminium foil.
dan kukus selama satu jam
kemudian cucuk dgn lidi jika tidak melekat
dah masak le tu...
sejuk kan dulu baru potong.

RESEPI KEK GULA HANGUS

 photo assalamualaikumvectorpink1.png
Kek ini sedap dan agak mudah membuatnya
dulu makcik saya yang rajin buat
saya pun adalah buat juga 
bila kawan2 buat kenduri buat buah tangan.
GAMBAR ENCIK GOOGLE
Saya tak ambil gambar masa buat kek tu jadi
kena lah ambil gambar 
dari encik google

BAHAN-BAHANNYA
 1cawan gula pasir
1cawan tepung gandum
1cawan air panas
1cawan susu pekat manis (saya kurangkan sikit jadi 3/4 cawan )
2sudu besar mentega
1sudu kecil soda bikabornat
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil esen vanilla
4biji telur

Aluminium foil

CARA-CARANYA:

1- Masak gula dalam kuali hingga hangus-warna bertukar coklat,
 masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis 
(hati-hati gula akan sedikit meletup-letup) 
kemudian masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
 Kemudian biarkan sejuk sendiri.

2- Ayak tepung gandum, soda bikabornat dan baking powder.

3- Satu telur dan susu pekat, 
kacau hingga kuning telur pecah dan sebati dengan susu pekat.
 Kemudian campurkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
 Campurkan gula hangus tadi dan esen vanilla hingga sebati.

4- Sediakan loyang yang disapu dengan mentega (supaya tidak melekat). 
Tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil.
 Biarkan selama 2jam sebelum dikukus.
supaya kek kita bersarang.
5- Kukus selama sejam atau sehingga masak.
 Dalam setengah jam atau 45minit cuba tengok
dan cuba cucuk sikit kalau tak melekat
kira dah masak lah.


AGAR-AGAR SANTAN PELANGI

 photo assalamualaikumvectorpink1.png

Agar2 santan pelangi ini bukan saja cantik,
tapi sedap rasanya dan bahan2nya mudah 
dan murah untuk dibeli
saya buat resepi ini masa 
hari anak saudara saya bertunang
pertama kali mencuba dan menjadi
resepi saya dapat dari blog 
yatiememories.blogspot

GAMBAR DARI ENCIK GOOGLE
saya terlupa nak ambil gambar
masa buat dulu.. tak sempat sebab nak cepat. 
ada pun tangkap gambar 
masa dah nak buat hantaran
GAMBAR KURANG MEMUASKAN.

Inilah gambar agar2 yang saya buat tu..
dah dekat dulang hantaran.

BAHAN-BAHANYA:
Bahan A
10 gm serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple,
Bahan B
10 gm serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam 

CARA-CARA MEMASAK:
Masak bahan A hingga hancur ( kecuali perwarna)
Kemudian tapiskan..letak dlm periuk
 biarkan dlm periuk lain (kaedah double boiler) 
 biarkan dgn api kecil.

Masak bahan B hingga hancur (kecuali santan dan garam)
Dah masak, masukan santan dan garam..
didihkan sekejap saja.
 Buat seperti bahan A.
 tapis letak dlm periuk  ( double boiler)
   biarkan atas api kecil
CARA MELAPIS:
 Sukat satu senduk agar2 (A)
 letak pewarna..masukan dlm loyang.
biarkan dlm 5 minit atau agak2 keras
Lapisan pertama dah agak keras. guna garpu atau pisau lorek2kan
dipemukaan agar2 tadi
tujuannya untuk melekatkan lapisan kedua agar2
dengan yg pertama.

sukat satu senduk bahan (B) 
tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
Ulangi langkah seperti diatas hingga habis
tapi bila tiba agar2 (A) kena letak pewarna
ikut sukalah nak letak warna apa.
TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dilorek2 dgn pisau
 agar2 (B) tetap  warna putih santan saja
ala2 mcm kek lapis
sesiapa yang tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula.
p/s: api periuk double boiler boleh dimatikan
dan dihidupkan semula bila air dlm periuk lapisannya sedikit suam.

BUNGA LIPSTIK MERAH


Lipstick plant dengan nama botaninya Aeschynanthus adalah daripada famili Gesneriacea. 
bunganya warna merah macam terompet
sangat cantik dan mencuri hati
ini jenis bunga gantung 
ia memiliki daun hijau gelap dan berlilin.
saya ada dua koleksi
yang diatas ini daunnya bergulung


yang ini daunnya biasa saja tapi warna bunganya
sama warna merah.
ada juga yang berwarna kuning.
TIPS PENJAGAAN  BUNGA LIPSTIK MERAH

  • Pencahayaan Untuk memastikannya sihat dan produktif, pastikan tumbuhan diletakkan di kawasan separa teduh , anjung atau pergola. Ia perlukan cahaya yang banyak terutama sekali bagi pokok muda tetapi bukannya sinaran yang terik.
  • Penyiraman: jangan siram terlalubanyak air dan
  • jangan terlebih air hingga tanahnya terlalu basah.
  • Kadar kelembapan: Aeschynanthus adalah tumbuhan yang berasal dari kawasan panas dan lembap. Kadar kelembapan yang tinggi adalah amat diperlukannya. Jika keadaan cuaca terlalu panas dan kering, semburlah dengan semburan halus pada permukaan daun-daunnya setiap hari.
  • Pembajaan: Berikanlah baja cecair kepada tanaman ini setiap dua minggu sekali.
  • jika tiada baja cecair guna baja organik yang dilarutkan
  • dengan air.
  • Media tanaman: Tanaman ini perlukan media tanaman daripada tanah gambut dengan saliran yang baik serta mampu menampung lembapan. Pasir boleh juga dicampurkan dalam media tanaman ini bagi memperbaiki salirannya jika perlu.

GLOXINIA


Bunga Gloxinia ini memang cantik
yanh saya tengok di nursery ada 2 warna
unggu dan merah jambu ini.
tapi buat masa ini
saya ada yang merah jambu.


bunga ini pun ada ubinya
jangan siram banyak air.
dan hanya siram ditanahnya jangan kena
daun atau bunga untuk maklumat
lebih lanjut boleh pergi
TIPS PENJAGAAN BUNGA GLOXINIA:

Pembajaan
Berikan baja cecair setiap minggu apabila kudup-kudup bunga mula kelihatan.

Kelembapan
Pastikan keadaan sekeliling berhampiran Gloxinia spp. sentiasa lembap; gunakan semburan halus ke atas daun. Jangan siram secara terus ke atas daun kerana ia akan meninggalkan kesan hodoh pada permukaan daunnya.

Pencahayaan
Ia memerlukan sumber sinaran cahaya yang lembut dalam erti kata lain, ia perlu ditanam atau diletakkan di kawasan teduh atau terlindung daripada terik sinaran matahari.
Ia tidak sesuai ditempatkan di kawasan atau ruang yang panas.

Menukar Pasu
Tukar pasu apabila akarnya telah memenuhi pasu. Gunakan kompos berasaskan tanah gambut lembap dengan sedikit pasir bagi tujuan saliran baik. Buang sebahagian tanah yang membaluti akar dengan perlahan.
Isikan dasar pasu dengan media tanaman yang baru anda sediakan tadi dan pasti kan akar Gloxinia spp. diletakkan di tengah pasu sebelum anda mengambusnya semula. Biarkan Gloxinia spp. di kawasan teduh selama dua hari tanpa menyiramnya bagi tujuan menggalakkan akar tumbuh ke media tanaman baru tadi.

Pembiakan
Biji benih, keratan daun dan batang boleh digunakan dalam proses pembiakan Gloxinia. Bagi keratan batang, potong 2-3 inci (5-7 cm) panjang batang yang diambil pada bahagian akar tua atau lama. Setiap keratan itu dicucuk ke pasu yang telah tersedia media campuran lembap. Tutup pasu tersebut dengan plastik dan letakkannya di kawasan separa teduh antara empat hingga enam minggu. Gloxinia spp. akan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan batang umbi. Selepas empat minggu buka plastik yang menutupi keratan batang tadi.

BUNGA BALON


macam pelikkan namanya.
nama ilmiahnya: platycodon grandiflorum
bunga ini masa saya beli
pekerja nursery tu pesan
kalau dah habis bunga kena bagi cantas 
sampai habis.. nanti bila bertunas dia akan
terus keluar bunga.
saya dah buat memang betul
gambar yang saya ambil ini
bunga selepas dicantas.
bunga ini ada ubi macam bunga dahlia.
buanga ini perlukan matahari.
dan jangan terlalu banyak air.


ini tunas baru setelah dicantas.

BUNGA EUPHORBIA


EUPHORBIA nama bunga ini
  atau yg saya panggil bunga Toyol
he..he.. tak tau lah kenapa orang gelar dia bunga toyol.
tapi bunga ini jenis tahan lasak
dan kurang penjagaan.



dan tahan lasak
siram sehari sekali cukup.
dan cara menyemainya dengan keratan batang.


 bagi org yang tak ada masa bunga ini sesuai 
tanam nya mengunakan keratan batang.
ada 2 jenis bunga ini ada yang bunga kecil 
dan ada yang berbunga besar.


 bunga ini sangat sangat tak cerewet boleh baja 
guna baja organik atau kimia
jangan siram lebih air.
 bunga ini lebih kurang macam bunga kaktus
bunganya yang comel menawan hati.

BUNGA MATAHARI


Bunga Matahari ini banyak menambat hati
orang-orang yang lalu 
didepan rumah saya.
Ramai juga yang minta benih, tapi belum ada benih
lagi ,mungkin sebulan baru ada lagi.


bunga matahari ini bercabang
banyak bunga-bunga yang kecil lagi
tumbuh dibahagian bawah bunga yang pertama.
jadi agak merimbun.



ROS JEPUN


Ini bunga comel yang saya suka.
walau pun hanya berkembang dari jam 
10 pagi hingga jam 2 petang.
tapi hakikatnya dia memang comel.


tapi bunga ini kena rajin semai semula
jika tidak nanti mati dan tiada
benih lagi.


tanam semula boleh dilakukan dengan 
mengunakan keratan batang.
dia sangat mudah hidup.


Baja seelok eloknya guna baja
air ikan saja. 
tapi kalau nak guna baja organik 
atau baja lain seelok eloknya
dilarutkan dengan air.


dan letak dia ditempat yang terkena cahaya matahari.


KEMUNTING CINA


Kemunting Cina atau Tapak dara
pokok renek dan cantik.


bunga ini ada pelbagai warna
ditanam bolaeh guna keratan batang 
dan biji benih.


nak jaga tak susah mana
tapi bunga ini kegemaran ulat beluncas
jadi kena selalu pantau
kalau tak habis pokok tak berdaun sudahnya.


gambar 2 yang diatas ini
warna ini kita banyak boleh jumpa
dikampung kampung
tapi warna lain 
macam kat atas tu
kena cari kat nursery ler.


inilah rupa biji benih
tapi yang ini belum tua lagi
kalau dah tua nanti kita pecahkan
dan akan nampak biji biji warna hitam.


AZELIA


Saya jatuh cinta pada bunga Azelia
Azelai ini ada macam-macam warna
selalu banyak dijual menjelang
raya cina.


twngok kan banyak kuntum, bila masa mekar
meriah. bunga nya tak putus 
sentiasa ada 
walau tak banyak macam masa musim perayaan.


Harganya pun mengikut ukuran bunga
selalu banyak dijual pokok yg kecil saja
kecil kecil cili padi harganya..
saya dapat sepokok rm25


kira murah lah tu,, dekat nursery saleng rm30
lagi kecil dari pokok yg saya ada.


yang ini dua warna... saya ada koleksi 
warna violet.
tapi masa dia berbunga saya lupa
nak ambil gambar.
setakat ini saya ada 6 warna
Azelia ini hanya memerlukan sedikit cahaya mentari
baja organik saja yang digunakan
tidak digalakkan mengunakan baja kimia.