Bunga Gloxinia ini memang cantik
yanh saya tengok di nursery ada 2 warna
unggu dan merah jambu ini.
tapi buat masa ini
saya ada yang merah jambu.
bunga ini pun ada ubinya
jangan siram banyak air.
dan hanya siram ditanahnya jangan kena
daun atau bunga untuk maklumat
lebih lanjut boleh pergi
TIPS PENJAGAAN BUNGA GLOXINIA:
Pembajaan
Berikan baja cecair setiap minggu apabila kudup-kudup bunga mula kelihatan.
Kelembapan
Pastikan keadaan sekeliling berhampiran Gloxinia spp. sentiasa lembap; gunakan semburan halus ke atas daun. Jangan siram secara terus ke atas daun kerana ia akan meninggalkan kesan hodoh pada permukaan daunnya.
Pencahayaan
Ia memerlukan sumber sinaran cahaya yang lembut dalam erti kata lain, ia perlu ditanam atau diletakkan di kawasan teduh atau terlindung daripada terik sinaran matahari.
Ia tidak sesuai ditempatkan di kawasan atau ruang yang panas.
Menukar Pasu
Tukar pasu apabila akarnya telah memenuhi pasu. Gunakan kompos berasaskan tanah gambut lembap dengan sedikit pasir bagi tujuan saliran baik. Buang sebahagian tanah yang membaluti akar dengan perlahan.
Isikan dasar pasu dengan media tanaman yang baru anda sediakan tadi dan pasti kan akar Gloxinia spp. diletakkan di tengah pasu sebelum anda mengambusnya semula. Biarkan Gloxinia spp. di kawasan teduh selama dua hari tanpa menyiramnya bagi tujuan menggalakkan akar tumbuh ke media tanaman baru tadi.
Pembiakan
Biji benih, keratan daun dan batang boleh digunakan dalam proses pembiakan Gloxinia. Bagi keratan batang, potong 2-3 inci (5-7 cm) panjang batang yang diambil pada bahagian akar tua atau lama. Setiap keratan itu dicucuk ke pasu yang telah tersedia media campuran lembap. Tutup pasu tersebut dengan plastik dan letakkannya di kawasan separa teduh antara empat hingga enam minggu. Gloxinia spp. akan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan batang umbi. Selepas empat minggu buka plastik yang menutupi keratan batang tadi.
Info bermanfaat ni... TQ ye
ReplyDelete