BUNGA LIPSTIK MERAH


Lipstick plant dengan nama botaninya Aeschynanthus adalah daripada famili Gesneriacea. 
bunganya warna merah macam terompet
sangat cantik dan mencuri hati
ini jenis bunga gantung 
ia memiliki daun hijau gelap dan berlilin.
saya ada dua koleksi
yang diatas ini daunnya bergulung


yang ini daunnya biasa saja tapi warna bunganya
sama warna merah.
ada juga yang berwarna kuning.
TIPS PENJAGAAN  BUNGA LIPSTIK MERAH

  • Pencahayaan Untuk memastikannya sihat dan produktif, pastikan tumbuhan diletakkan di kawasan separa teduh , anjung atau pergola. Ia perlukan cahaya yang banyak terutama sekali bagi pokok muda tetapi bukannya sinaran yang terik.
  • Penyiraman: jangan siram terlalubanyak air dan
  • jangan terlebih air hingga tanahnya terlalu basah.
  • Kadar kelembapan: Aeschynanthus adalah tumbuhan yang berasal dari kawasan panas dan lembap. Kadar kelembapan yang tinggi adalah amat diperlukannya. Jika keadaan cuaca terlalu panas dan kering, semburlah dengan semburan halus pada permukaan daun-daunnya setiap hari.
  • Pembajaan: Berikanlah baja cecair kepada tanaman ini setiap dua minggu sekali.
  • jika tiada baja cecair guna baja organik yang dilarutkan
  • dengan air.
  • Media tanaman: Tanaman ini perlukan media tanaman daripada tanah gambut dengan saliran yang baik serta mampu menampung lembapan. Pasir boleh juga dicampurkan dalam media tanaman ini bagi memperbaiki salirannya jika perlu.

GLOXINIA


Bunga Gloxinia ini memang cantik
yanh saya tengok di nursery ada 2 warna
unggu dan merah jambu ini.
tapi buat masa ini
saya ada yang merah jambu.


bunga ini pun ada ubinya
jangan siram banyak air.
dan hanya siram ditanahnya jangan kena
daun atau bunga untuk maklumat
lebih lanjut boleh pergi
TIPS PENJAGAAN BUNGA GLOXINIA:

Pembajaan
Berikan baja cecair setiap minggu apabila kudup-kudup bunga mula kelihatan.

Kelembapan
Pastikan keadaan sekeliling berhampiran Gloxinia spp. sentiasa lembap; gunakan semburan halus ke atas daun. Jangan siram secara terus ke atas daun kerana ia akan meninggalkan kesan hodoh pada permukaan daunnya.

Pencahayaan
Ia memerlukan sumber sinaran cahaya yang lembut dalam erti kata lain, ia perlu ditanam atau diletakkan di kawasan teduh atau terlindung daripada terik sinaran matahari.
Ia tidak sesuai ditempatkan di kawasan atau ruang yang panas.

Menukar Pasu
Tukar pasu apabila akarnya telah memenuhi pasu. Gunakan kompos berasaskan tanah gambut lembap dengan sedikit pasir bagi tujuan saliran baik. Buang sebahagian tanah yang membaluti akar dengan perlahan.
Isikan dasar pasu dengan media tanaman yang baru anda sediakan tadi dan pasti kan akar Gloxinia spp. diletakkan di tengah pasu sebelum anda mengambusnya semula. Biarkan Gloxinia spp. di kawasan teduh selama dua hari tanpa menyiramnya bagi tujuan menggalakkan akar tumbuh ke media tanaman baru tadi.

Pembiakan
Biji benih, keratan daun dan batang boleh digunakan dalam proses pembiakan Gloxinia. Bagi keratan batang, potong 2-3 inci (5-7 cm) panjang batang yang diambil pada bahagian akar tua atau lama. Setiap keratan itu dicucuk ke pasu yang telah tersedia media campuran lembap. Tutup pasu tersebut dengan plastik dan letakkannya di kawasan separa teduh antara empat hingga enam minggu. Gloxinia spp. akan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan batang umbi. Selepas empat minggu buka plastik yang menutupi keratan batang tadi.

BUNGA BALON


macam pelikkan namanya.
nama ilmiahnya: platycodon grandiflorum
bunga ini masa saya beli
pekerja nursery tu pesan
kalau dah habis bunga kena bagi cantas 
sampai habis.. nanti bila bertunas dia akan
terus keluar bunga.
saya dah buat memang betul
gambar yang saya ambil ini
bunga selepas dicantas.
bunga ini ada ubi macam bunga dahlia.
buanga ini perlukan matahari.
dan jangan terlalu banyak air.


ini tunas baru setelah dicantas.

BUNGA EUPHORBIA


EUPHORBIA nama bunga ini
  atau yg saya panggil bunga Toyol
he..he.. tak tau lah kenapa orang gelar dia bunga toyol.
tapi bunga ini jenis tahan lasak
dan kurang penjagaan.



dan tahan lasak
siram sehari sekali cukup.
dan cara menyemainya dengan keratan batang.


 bagi org yang tak ada masa bunga ini sesuai 
tanam nya mengunakan keratan batang.
ada 2 jenis bunga ini ada yang bunga kecil 
dan ada yang berbunga besar.


 bunga ini sangat sangat tak cerewet boleh baja 
guna baja organik atau kimia
jangan siram lebih air.
 bunga ini lebih kurang macam bunga kaktus
bunganya yang comel menawan hati.

BUNGA MATAHARI


Bunga Matahari ini banyak menambat hati
orang-orang yang lalu 
didepan rumah saya.
Ramai juga yang minta benih, tapi belum ada benih
lagi ,mungkin sebulan baru ada lagi.


bunga matahari ini bercabang
banyak bunga-bunga yang kecil lagi
tumbuh dibahagian bawah bunga yang pertama.
jadi agak merimbun.



ROS JEPUN


Ini bunga comel yang saya suka.
walau pun hanya berkembang dari jam 
10 pagi hingga jam 2 petang.
tapi hakikatnya dia memang comel.


tapi bunga ini kena rajin semai semula
jika tidak nanti mati dan tiada
benih lagi.


tanam semula boleh dilakukan dengan 
mengunakan keratan batang.
dia sangat mudah hidup.


Baja seelok eloknya guna baja
air ikan saja. 
tapi kalau nak guna baja organik 
atau baja lain seelok eloknya
dilarutkan dengan air.


dan letak dia ditempat yang terkena cahaya matahari.


KEMUNTING CINA


Kemunting Cina atau Tapak dara
pokok renek dan cantik.


bunga ini ada pelbagai warna
ditanam bolaeh guna keratan batang 
dan biji benih.


nak jaga tak susah mana
tapi bunga ini kegemaran ulat beluncas
jadi kena selalu pantau
kalau tak habis pokok tak berdaun sudahnya.


gambar 2 yang diatas ini
warna ini kita banyak boleh jumpa
dikampung kampung
tapi warna lain 
macam kat atas tu
kena cari kat nursery ler.


inilah rupa biji benih
tapi yang ini belum tua lagi
kalau dah tua nanti kita pecahkan
dan akan nampak biji biji warna hitam.


AZELIA


Saya jatuh cinta pada bunga Azelia
Azelai ini ada macam-macam warna
selalu banyak dijual menjelang
raya cina.


twngok kan banyak kuntum, bila masa mekar
meriah. bunga nya tak putus 
sentiasa ada 
walau tak banyak macam masa musim perayaan.


Harganya pun mengikut ukuran bunga
selalu banyak dijual pokok yg kecil saja
kecil kecil cili padi harganya..
saya dapat sepokok rm25


kira murah lah tu,, dekat nursery saleng rm30
lagi kecil dari pokok yg saya ada.


yang ini dua warna... saya ada koleksi 
warna violet.
tapi masa dia berbunga saya lupa
nak ambil gambar.
setakat ini saya ada 6 warna
Azelia ini hanya memerlukan sedikit cahaya mentari
baja organik saja yang digunakan
tidak digalakkan mengunakan baja kimia.


BENIH BUNGA PETUNIA


Assalammualaikum...
Entri ari ini tentang benih bunga petunia
ini benih dari pokok ( BIJI BENIH )
selalunya biji benih ini
banyak keluar pada pokok
yang tua sikit.
kalau pokok baru tanam memang tak ada.
itu dari apa yang saya perhatikan selama saya
menanam pokok petunia ini.
dan banyak jugalah yang saya semai.


tengok gambar diatas ini
yang halus itulah biji benihnya.
boleh tabur diatas tempat semaian guna tanah 
untuk semaian
sebab bila guna tanah semaian kita 
senang nak alih anak benihnya.


inilah hasil semaian biji benih
dan boleh diubah kepasu gantung.


gambar diatas ini yang telah diubah 
ke pasu gantung.
satu pasu boleh tanam
4 anak pokok jadi merimbun nanti
bila dia besar.


yang ini semai mengunakan keratan batang
ingat letak ditempat redup.
jangan letak baja dulu tunggu sampai
keluar daun baru..
guna baja organik atau lagi bagus
guna air basuhan ikan.


dan hasilnya macam diatas ini lah.
hasil dari semaian keratan batang.
harap dapat membantu .



PETUNIA


Assalammualaikum...
Saya memang minat sangat bunga gantung. tak tahu lah kenapa.
Bila tengok bunga tu terjuntai jek lawa.


Petunia ini jenis bunga semusim jadi nak kena rajin semai semula
sama ada dengan keratan batang atau biji benih. 
tapi bukan semua petunia ada biji benih.


kalau dah tua pokok dia baru banyak biji benih 
yang keluar kalau pokok muda jarang ada.
pokok ini cepat mati. macam mana nak bagi dia hidup lamalkan.


Boleh hidup lama juga, tapi kita nak kena ganti tanahnya 
dan buang akakr serabut dan buang bagi pendek
supaya pokok tu boleh bertunas baru.


boleh juga semai guna keratan batang.
letak pengalak akar tanam dan letak ditempat redup
jangan gatal-gatal nak letak baja dulu ye.
tunggu nampak tunas baru 
lepas tu baru boleh baja.


petunia ada macam macam warna dan sangat comel comel
baja seeloknya organik lagi bagus
kalau baja guna air ikan.
dan siram 2 kali sehari.
oklah. lain kali kita cerita pasal benih petunia ya..
salam sayang terima kasih sudi baca kisah saya
datang lagi ye...